8 pakar dari China tiba di Malaysia bantu lawan C0vid-19

Kisah Dunia Kisah Masyarakat Luar Negara Tempatan Viral

LAPAN pakar perunding perubatan dari China tiba di Malaysia hari ini, bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan kajian dan menangani penularan kr0navirvs baharu (C0vid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pasukan terdiri daripada pakar dalam pelbagai aspek itu dari Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China.

“Memang betul hari ini ada lapan warga China yang berpengalaman datang ke Malaysia untuk membantu kita.

“Sebelum ini, kita ada teleconferencing dengan mereka tapi ada banyak lagi isu yang kita kena lihat.

“Antara mereka adalah pakar penyakit berjangkit, pakar analisis data dan pelbagai kepakaran lain.

“Mungkin dengan kepakaran mereka di Hubei hari itu, kita boleh kongsi dan juga dapat melihat kajian kita contohnya, serta juga perkhidmatan kita di hospital bagaimana boleh dipertingkatkan dan apa kita boleh belajar daripada mereka,” katanya dalam sidang media harian C0vid-19 di Putrajaya, hari ini.

 

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, pihaknya juga hari ini melaksanakan pengasingan dan kultur virus di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk membuat perbandingan jenis virus yang menjangkiti pesakit gelombang pertama dan kedua.

Beliau berkata, hasil kajian itu akan dibincangkan bersama pakar dari China terbabit sekali gus menjalin kerjasama bagi meningkatkan lagi pengesanan virus, rawatan dan kesihatan awam.

“Bagi gelombang pertama, kita mengambil sampel pesakit kes ke-5 dan kes ke-19 yang mana kedua-dua pesakit itu ada virus dari Wuhan dan kita bandingkan dengan kes ke-26, 27, 62 dan 70 dari gelombang kedua.

“Kita dapati virus dari gelombang pertama ialah virus jenis B bersamaan dengan virus di Wuhan dan gelombang kedua juga virus yang sama, bukanlah jenis C seperti diperkatakan sebelum ini.

“Kita akan laksanakan lebih banyak lagi ujian atau pengasingan dan kultur virus terbabit dan kita akan lihat keseluruhan. Apabila dapat, kita boleh bandingkan kes gelombang pertama, kedua dan kes import sama ada Amerika Syarikat serta United Kingdom,” katanya.

 

Sumber: Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *